Kelas Asas ICT, Microsoft Word & e-Learning

26 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas ICT, Microsoft Word dan e-Learning ini telah diadakan pada hari Jumaat, 25 Oktober 2019. Dalam kelas ini, para peserta mempelajari cara mencari maklumat dan gambar di internet menggunakan enjin carian Google. Disamping itu, mereka juga diajar cara memuat turun gambar dari internet dan menyimpannya di dalam komputer.

Selepas itu, mereka mempelajari cara untuk membuat jadual menggunakan Microsoft Word. Mereka turut diajar cara untuk memasukkan gambar yang telah dimuat turun dari internet ke dalam jadual tersebut.

Sebelum berakhirnya kelas, para peserta diperkenalkan kepada pembelajaran atas talian yang menyeronokkan menerusi soalan kuiz pelbagai subjek pelajaran sekolah rendah secara atas talian melalui laman web www.quizizz.com.

Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag selama 3 jam bermula dari 2.00 petang ini dihadiri oleh seramai 10 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali